Showing posts with label Suka Suki Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Suka Suki Kehidupan. Show all posts

Saturday, 22 September 2012

i-Clearance UiTM Dungun

Assalammualaikum & Holla Semua!!

Aaaiissshhh, lama gile dah aku tak update blog aku ni. Bukan sengaja atau malas, tapi dah takde masa la beb semenjak jadi wanita bekerjaya ni <erk.haha>. 

Ok, aku ada cerita nak share kt korg semua ni. Sekarang ni budak2 UiTM Dungun dah tak payah bersusah payah datang Dungun untuk buat clearance! Yahhooo!! Alhamdulillah =). Memang 1 nikmat la utk budak2 yang jauh mcm aku ni, before ni pun ktrg dah pening kepala fikir mcmana & bila masa nak turun Dungun utk buat clearance tu. Dah la jauh (Johor) then tak kan datang semata-mata untuk buat clearance je.huhu. Pergi balik je dah dekat RM100. Almaklumlah, kalau tak buat clearance alamatnya tak boleh konvo la. So, bila tahu yg UiTM Dungun buat on9 clearance ni, memang happy abis la =D. Love U la UiTM Dungun!

So, kawan2 yang dari UiTM Dungun & nak konvo Nov 2012 ni, dah buat clearance ke belum? hee. Klu belum meh klik link ni :) i-Clearance UiTM Dungun 

Hah, btw so far baru UiTM Dungun je yang buat sistem ni, bagi UiTM kampus2 yang lain, awak2 sume kena buat secara manual tau.hee

Thursday, 30 August 2012

Gangnam Style? Apa Tu?

Holla semua!!

Aiisshh, sekarang ni semua tengah kecoh gile pasal gangnam style tu. Apa bendanya gangnam style ni? Aku dah tengok video gangnam style ni & pada aku la, tak de benda yang menarik pun cuma maybe sebab lagu dia yang buat orang tertarik kot? Tapi secara tak langsung aku pun dah menaikkan rating lagu tu kat utube.aaisshh -_- .Yang aku dok baca2 & aku paham la, gangnam style ni macam cara hidup orang2 gangnam (dekat korea) & lagu ni sebenarnya ada unsur2 perli tentang cara hidup dyrg tu. Tu la secara ringkas & padatnya tentang gangnam style ni, tapi ada juga orang cakap yang benda alah ni cerita tentang posisi sex. Ntah la ek, aku tak amik pot sangat pun sebab aku tak terberkenan lak dengan benda alah ni.haha

Bila benda ni dah kecoh gile & macam2 andaian dah keluar, memang banyak la komen2 tentang benda alah ni. Tapi aku suka dengan komen Hilal Asyraf:
1. Baik ke tidak? Kalau baik, teruskan. Kalau tak baik, tinggal.
2. Sopan ke tak? Kalau sopan, promosikan. Kalau tidak, buat apa popularkan?
3. Syara' atau tidak? Kalau bendanya sebuah maksiat, melibatkan pendedahan aurat & aksi2 mengiurkn, buat apa promosikan kepada ramai?

Sunday, 26 August 2012

Raya Ke-8

Holla semua!!

Hari ni raya yang ke 8 & aku masih lagi dalam mood raya! haha. Seriusly, tahun ni memang aku beraya sakan, siang tadi pun aku pegi open house dekat rumah membe sekolah menengah aku dulu. Bila lama dah tak jumpa, uhm macam2 la cerita yang keluar.haha. Mesti korang pun pernah rasa this feeling kan? time ni la rindu zaman sekolah2 dulu. Zaman kanak2 ribena! 

Then, this weekend dekat tempat aku ni baru nak start buat marhaban dengan jamuan hari raya. So, it means MAKAN!! haha. Terbaik lah. Lepas tu 2 hb pun ada membe aku jemput open house dekat rumah dia gak, memang asyik makan jela kerja aku.haha. Tapi korang tak boleh nak salah kan aku sebab orang tua2 pun dah cakap, 'rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari'.hee

p/s: korang punya raya pula macam mana?ce share ce share :)

Tuesday, 21 August 2012

Selamat Hari Raya!!

Holla semua!!

Firstly aku nak ucap, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :). Macam mana dengan raya korang?best tak?. Raya tahun ni aku bz gile beraya ke sana sini, sampai tak sempat pun nak online. Tapi yang paling best sekali, even though aku ni dah 22 tahun tapi aku still dapat lagi duit raya!! Yaahhhhooo!! haha. Then bila pegi beraya sedara2 aku tanya kt mak aku 'anak yang ni tingkatan berapa ni?', haha sah2 la aku ni awet muda ek? <ooppsss.lalalalala =D>.

Tapi, aku pasti ramai yang terpaksa burn diet time raya ni kan?haha. Ayah aku sepanjang bulan puasa maintain je perut dia, sampai time raya je buncit balik.haha. Ok la, aku nak chow dulu ni, sambil2 ni tengah tunggu bestfriend aku datang :)

Wednesday, 15 August 2012

Ok, So, Yeke?

Holla semua!!

Ape perasaan korang kalau dapat membe yang tak ada perasaan??. Hah, macamane tu eisya?tak paham la. Ok, meh aku conclude kan contoh2 nya.

CONTOH 1
Aku : Beb, apa kaba? lama tak dengar cerita kau? kau apa cerita sekarang?
..selepas setengah jam..
Dia: Aku sihat.
Aku: Kau dekat mana sekarang ni? tengah cuti ke? jom lepak sama2, lama dah tak jumpa ko.
Dia: Ok.
*waaaaaa penat2 je aku tunggu dia reply, then reply 1 ayat je? :(. Ok, terus tak tahu nak buka topik apa lagi.

CONTOH 2
Aku: Wei, tadi aku nampak sorang mamat tu, hensem gile dow!! Muka hot gile, memang terbaik la beb~
Dia: Ey? so?
*pupus terus segala angan2 indah yang aku dah reka siap2 tadi.haha

CONTOH 3
Aku: Beb, aku ada benda nak share dengan ko ni. Aku sedih gile beb, bf aku ada perempuan lain. Aku setia je dengan dia tapi kenapa dia buat aku macam ni?? :'(
Dia: La yeke?

Ok, apa yang korang akan rasa? seriusly, aku bengang gile kalau ada membe macam ni lagi2 yang time kita nak cerita ke pe dia tak nak dengar & pay attention TAPI bila time dia cerita, mak ai kalau boleh nak kita pandang muka dia & dengar dengan khusyuk cerita dia tu. Waaaaaa mana adil macam tu!!

Bila dapat membe macam ni, memang akan selalu makan hati berulam jantung punya la. Tapi yang paling tension lagi, bila selalu jadi macam ni of course la kita pun akan malas gile tahap petala langit ke tujuh la untuk share @ contact dia lagi, then bila kita buat macam tu, dia akan cakap: 
'yela, aku ni sapa la kan, contact pun tak, apa2 benda tak nak share pun dengan aku lagi kn?'
Aaarrrggghhhh! Memang aku rasa macam nak tikam tikam tangan aku dengan straw je bila ada kes macam ni. Kelakar gile beb.haha. Eh, tapi MUNGKIN dia tak perasan kot yang dia sendiri buat orang malas nak contact @ share anything with her/his. Mungkin, kita kena sedarkan dia? haha.wink3

Saturday, 11 August 2012

Lelaki + Perempuan = Bestfriend??

Holla semua!!

Hari ini ade sorang membe aku keluarkan statement macam ni 'lelaki dengan perempuan mana boleh jadi bestfriend, salah sorg mesti akan sangkut (ada hati) pada bestfriend dyrg punya'. Haha, ye ke?
      
Sumber gambar: google
Aku jenis suka ada bestfriend lelaki & juga perempuan, pada aku senang.hehe. Bukan ape, yela, tak semua benda kita boleh cerita dekat lelaki & tak semua benda juga kita boleh cerita pada perempuan kan? Betol tak? For certain case, kita lagi perlukan pandangan dari seorang lelaki dari perempuan especially benda2 yang melibatkan kaum adam itu sendiri.

Ni antara hujah2 dan alasan2 yg logik diterima akal kenapa boleh jatuh cinta dengan bestfriend sendiri:
1. Bila dah name nye bestfriend boleh dikatakan hampir semua benda akan di share bersama kn?. Lama2 tabiat ni akan jadi kebiasaan dan salah sorg akan rasa terbiasa dan bila bestfriend dia ni tak ada akan rasa 1 kehilangan <pandangan aku: maybe betol, tapi mula2 je akan rasa macam tu, lama2 nanti ok la.hehe>

2. He/she know who am I
Hah, tang ni aku rasa ada betol nya. Bila dengan bestfriend kita akan jadi diri kita sendiri, tak ada plastik2 ni semua, everything is NATURAL. So bila dia paham diri kita & bila kita ada masalah ke happy ke kita tak perlu bagitahu tapi dia boleh tahu sendiri, time tu memang kita akan rasa 'he/she the one for me'.

3. Terlalu rapat sampai tak ada ruang untuk orang lain mencelah.haha. Maksudnya, dalam hubungan persahabatan tu cuma ada 'aku & dia' sahaja. Membe2 lain still ada & kawan macam biasa, tapi bestfriend ni special case & if ada apa2 kita nak dia lah orang pertama yang tahu. Bak kata omputih, there is a special bond la <betol ke pe yang aku cakap ni?>

4. Orang sekeliling persoalkan hubungan kita
Mula2 kita tak rasa apa pun, tapi bila mak ayah kita pun dah start konfius apa hubungan kita dengan bestfriend kita tu, time tu kita pun terdetik rasa dalam hati lagi2 kalau time tu kita ni still single miggle lagi.

*haha. Ni jela yang aku rasa logik <ikut perdebatan antara aku dengan membe aku tu la>. So korang rasa macam mane?



Monday, 30 July 2012

Bercinta di FB, yuukkksss!!

Holla semua!!
Diam tak diam dah masuk hari ke 10 kita berpuasa ek? seriusly, tahun ni aku x sejakun macam tahun2 yg lalu, time2 zaman jahiliyah <skrg dah baik sikit =P> yg asyik kira bila nk raya.haha.

Ok, lets start with the topic <ceewwaaahh, nk bercakap omputih lak ai.haha>. Ok, seriesly, seriouly dan siesly aku tak boleh blah gile dengan org2 yg bercintan cintun bagai fb tu mereka yg punya.haha. <ni konfom ada yg akan ckp aku ni jeles dgn dyrg. But, please la, sikit pun tak ok. Meluat ada lah =P>. Ke aku sorg yg rasa mcm tu?errkkk~. Ni antara sebab yg buat aku tension dengan golongan ni -_-

#1: Alahai, nak bersayang2 berlove2 la pula
Bro & sis sayang, kan dekat fb tu ada chat, message & kalau nak upgrade sikit buat la private group utk korg luahkan perasaan cinta korg tu. YE3, kami tahu yg korg berdua memang lovey dovey couple & the ever best couple la, tapi kalau tiap2 hari 24/7 post status & wall to wall luahkan perasaan korg, adik aku yg umur 2tahun tu pun boleh menyampah, apa lg aku ni, memang nak muntah la jawabnya.

#2: Aisshh, buat penuh news feed aku je dgn wall to wall korg tu.hukhuk
Ni lg 1 yg aku paling3 tak paham. Reply komen tp guna wall to wall, kenapa sayang2 tak balas dekat wall post tu je?. Ok, bila dah jadi macam ni, memang akan keluar la dekat news feed aku post2 lovey dovey korg tu. Then, aku pun aku scroll mouse aku laju2 untuk avoid dari baca post2 tu semua.haha

#3: Apa yg dipost dekat FB tak sama dgn realiti
Ni yg paling aku tak boleh blah gile! haha. Ni aku tulis sebab ada sorang kenalan aku mcm ni.haha. HAHAHA aku tak boleh nak elak dari ketawa. HAHAHA. Ok, aku dah ter'over. Maap -_-. Ok, macam ni, dyrg bajet gile macam dyrg la couple paling romantik dekat dunia ni bila post wall to wall ataupun update status dyrg. Tapi kebenaran tidak pernah menipu <versi papa zola>, padahal ktrg membe2 ni semua tahu yg boleh di katakn setiap hari dyrg tu bergaduh, sampai malas dah nak amik pot lg dyrg gaduh pasal pe.haha. Tp bila update status, memang romantik habis la.haha. Dan bagi mereka yg tak tahu apa2 akan terus komen dekat status tu 'sweetnyee korang ni & bla bla bla'. Ishh isshh isshhh.haha

#4: Sama tajuk dengan no #3.haha
Yg ni kes time belum ada couple dengan bongkak, riak, angkuhnya kutuk membe2 yg dok berlovey dovey kt FB ni. Tapi, bila dia dah bercinta, mak ai, romantik dekat FB mengalahkan senior2 yg lame dah berlovey kt FB ni.haha. So, bila dah jadi macam ni, memang ktrg yg membe2 ni main kutuk belakang la.haha. <aku tahu mengumpat tu dosa, tapi dah tak boleh nak ditahan lagi aura nak kutuk tu =D>

*siapa makan limau, dia yg rasa masamnya.haha. Problem?. If u disagree with me, share what in your mind :)

Friday, 27 July 2012

Manusia & PhD

Holla semua!
Firsly, aku nak bgtau yg PhD kt sini aku refer as 'Perasaan Hasad Dengki'.. Bila manusia ada sifat tu mula la x senang dduk bila tgk org len lebih sikit dr dia.. Padahal selama ni org len x pnh amik 'pot' pun dgn life die n x pnh ksh pun dgn harta duniawi dia tu, then bila ade org len lbih sikit dr dia, mula lah gelabah sendiri smpai snggup buat ape je utk tgk org tu jatuh n klu boleh trus terlentang terus. Issshhh apa punya org la prangai mcm tu.. So sbgai peringatan utk diri aku sndri, aku nak share mcmana nak jauhkan <lg bgus klu trus buang jauh2> prsaan ni dlm diri kite semua..


#1: Jadikan kejayaan seseorg tu sbagai pembakar semangt utk kita bjaya & nak jd mcm dia.. Bukan nye bila tgk org len bjaya @ lbih skit dr kite, kte trus sebar fitnah kt dyrg.. Jgn3, x bek mcm tu nokk.haha..
#2: Jgn start bercerita kt membe2 kite <klu bnde bek xpe la.hee> coz slalunye mula2 kite elok je bila tgk org tu bjaya/beli bnde baru, tp bila dah start b'gosip dgn membe2, lain plak jd nye..mcm mane tu ? :)
#3: Sentiasa b'fikiran positif bila prsaan cemburu start dtg menjengah hati kite.. Cuba sedapkan hati kite bila kte start cemburu.. Cnthnye, 'tu semua rezeki dia, bia lah, mgkin next time rezeki aku plak'


Kesimpulannya, x elok ade PhD ni dlm diri kte lain la klu PhD yg lpas Master tu =P..
Mungkin sebab Phd seseorg tu, akan ada org lain yg akan terluka :(
sumber gmbr: google
p/s: mesti korg pelik kn knpa tetba aku kua kn topik mcm ni di bulan puasa yg indah lg memerlukan kesabaran ni kn? :).. Sbbnya aku dah x tau nak ckp ape lg dgn org yg ade PhD ni :)

Wednesday, 25 July 2012

Kerja Oh Kerja!! Dimanakah DIKAU??

Holla everybody!!
Skrg ni tgh musim dekat2 nak graduate n konvo kn? waahhh mesti korang2 yg nak konvo ni excited gle kn? tp dlm2 excited nak konvo tu mesti korang pun tgh serabut mencari keje.. Yela, habis belaja bermaksud:
    + dah xdapat duit PT lg, makin kena byr adelah <bg yg dpt 1st class dgree xyah pening2 kepala lg..bestnye~>
    + duit poket dr ma&pa pun dah xdpt lg :(
    + bila duit PT & duit poket x dpt lg = XDE DUIT!! waaa :'( <aissshhh knpe dr td asyik ckp psal duit je?? =P>


Ok, now utk sesiape yg dah dpt keje, a big clap n big hug congrat 4 u :).. Utk yg belum dpt keje tu.. Aku nak kongsi sedikit tips dlm mencari kerja, hopefully dpt membantu korang2 n diri aku juga.. Bnda ni aku dpt dr cara aku apply keje sndri n dr org2 yg dah de career dyrg sndri..


# 1st: Dftr dgn JobMalaysia n semua institusi mencari pekerjaan


# 2nd: Kn dkt most company website ade general application kn? try je mohon melalui bende2 mcm tu, benda tu direct dgn company tu, so mana tau ade rezeki korg dkt situ?


# 3rd: Hantar direct dkt company2 yg korang aim.. Then jgn lupa buat follow up, almaklumlah mereka2 tu semua kn sentiasa sibuk, so follow up boleh membuatkan mereka t'ingat pd resume yg kte hntr tu, if dyrg x tgk lg, inform yg korang akn follow up blik bila..


# 4th: Klu boleh jgn memilih kerja, if awak2 ade dip pun, blh je try mntk kerja kerani dulu, then if dpt offer lg baik kn korang boleh blah? its better dr korang memilih then ape pun x dpt kn?


Walau ape2 pun, yg paling penting sekali, teruskan usaha & keep praying babe, HE alwalys with us :)..NEVER EVER GIVE UP!..pengasas KFC pun kne reject bnyak kali b4 dia berjaya..
       Nabi Muhammad bersabda, " Orang mukmin yang sempurna imannya adalah orang yang mengagnggap musibah sebagai nikmat dan kemakmuran sebagai musibah." (hadis riwayat Tabrani)


p/s: if korang semua ade tips2 yg b'guna, boleh la share bersama :)

Tuesday, 24 July 2012

Berkawan? Watch Out!

Holla everybody!!

Ok, hari ni aku nak share tntg bnda yg psgn yg tgh 'berkawan' patut take note < phm kn mksd b'kwn tu? :) >..
1) Hormat / Appreciate Ibu Bapa Psgn Anda
+ Aiisshh, kdg2 kita x sedar yg kita dah buat ibu bapa psgn kite kecik hati
+ Sebagai contoh: Lelaki dtg rumah gf dia utk bw kua, then mak gf dia buatkan air+masak, tp lelaki tu x makan dgn alasan nak mkn berdua je dgn gf dia kt lua nnti
+ Hellloo~ guys, ko tahu x yg mak gf ko dah susah2 buat semua bnda tu?? then why not ko mkn je?? then klu kemaruk sngt pun nak mkn berdua dgn gf ko tu, mcm la nnti x leh nk mkn lak..aaiiissshhh.. < maap2, tetibe t'emo lak :)>
2) Jaga Diri
+ Hello~, u guys baru je 'kawan' tau, belum kahwin lg, so pandai2 la jaga diri eh?.. Cuba korang pk klu korang dah wat mcm2 time 'kawan' ni then tetbe korg xde jodoh, yg lelaki x ksh la <yela, agak2 nye ade x bakal bini dyrg akan tny 'abg ni teruna lg x? dulu abg pnah x pegang2 tgn dgn pmpn lain?', tp yg pmpn ni mcm mana? REMEMBER THIS "Maruah seorg pmpn amat tinggi, jadi jaga ia, sekali hilang x mungkin akan dpt kembali" < ceewwwaahh, bermadah plak.haha, tp seriously aku serius dgn ayt aku tu :) >
3) Lelaki Akan Berubah Bila Dah Kahwin Nnt
+ Opppsss, yg info ni aku dpt dr org2 lg berpengalaman ey.. N dyrg siap bg aku nasihat lg.haha..nak tahu apa nasihat dyrg??

   # 1st: Time 'berkawan' ni minta je apa2, konfom dyrg akan bg..mmg nmpk mcm materialistik tp pcya la lelaki bila dah khwn akan jd manusia yg kedekut 
   # 2nd: Bg yg xde lesen kereta, bek korg blaja dr sekarang dgn bf korg, coz klu dah khwn nnti lelaki  akan syg kereta dia mcm kereta tu wife dia.haha..then klu time 'berkawan' ni korg tercalar/ terlanggarkan kereta dyrg, 4 sure dyrg x mrh n x ckp ape2..cuba time dah khwn? klh rimau gamak nya.haha
   *p/s: Lelaki2 di lua sane tlg jgn bantai sy, sy x bersalah :( :P haha

Its Me Eisya :)

Holla semua!!
Waa~ cmne aku leh terjerumus nak wat blog ni??!! <dgn muka innocient :)>..Btw, nice to meet all of U & selamat berpuasa kpd semua umat Islam~
*aku ni buta kayu lg :(, so boleh tlg aja @ bg idea utk hias blog aku ni??