Saturday 11 August 2012

Lelaki + Perempuan = Bestfriend??

Holla semua!!

Hari ini ade sorang membe aku keluarkan statement macam ni 'lelaki dengan perempuan mana boleh jadi bestfriend, salah sorg mesti akan sangkut (ada hati) pada bestfriend dyrg punya'. Haha, ye ke?
      
Sumber gambar: google
Aku jenis suka ada bestfriend lelaki & juga perempuan, pada aku senang.hehe. Bukan ape, yela, tak semua benda kita boleh cerita dekat lelaki & tak semua benda juga kita boleh cerita pada perempuan kan? Betol tak? For certain case, kita lagi perlukan pandangan dari seorang lelaki dari perempuan especially benda2 yang melibatkan kaum adam itu sendiri.

Ni antara hujah2 dan alasan2 yg logik diterima akal kenapa boleh jatuh cinta dengan bestfriend sendiri:
1. Bila dah name nye bestfriend boleh dikatakan hampir semua benda akan di share bersama kn?. Lama2 tabiat ni akan jadi kebiasaan dan salah sorg akan rasa terbiasa dan bila bestfriend dia ni tak ada akan rasa 1 kehilangan <pandangan aku: maybe betol, tapi mula2 je akan rasa macam tu, lama2 nanti ok la.hehe>

2. He/she know who am I
Hah, tang ni aku rasa ada betol nya. Bila dengan bestfriend kita akan jadi diri kita sendiri, tak ada plastik2 ni semua, everything is NATURAL. So bila dia paham diri kita & bila kita ada masalah ke happy ke kita tak perlu bagitahu tapi dia boleh tahu sendiri, time tu memang kita akan rasa 'he/she the one for me'.

3. Terlalu rapat sampai tak ada ruang untuk orang lain mencelah.haha. Maksudnya, dalam hubungan persahabatan tu cuma ada 'aku & dia' sahaja. Membe2 lain still ada & kawan macam biasa, tapi bestfriend ni special case & if ada apa2 kita nak dia lah orang pertama yang tahu. Bak kata omputih, there is a special bond la <betol ke pe yang aku cakap ni?>

4. Orang sekeliling persoalkan hubungan kita
Mula2 kita tak rasa apa pun, tapi bila mak ayah kita pun dah start konfius apa hubungan kita dengan bestfriend kita tu, time tu kita pun terdetik rasa dalam hati lagi2 kalau time tu kita ni still single miggle lagi.

*haha. Ni jela yang aku rasa logik <ikut perdebatan antara aku dengan membe aku tu la>. So korang rasa macam mane?



No comments:

Post a Comment

Hi,
Thanks 4 the comment,
Budi Bahasa Budaya Kita =)