Thursday 30 August 2012

Gangnam Style? Apa Tu?

Holla semua!!

Aiisshh, sekarang ni semua tengah kecoh gile pasal gangnam style tu. Apa bendanya gangnam style ni? Aku dah tengok video gangnam style ni & pada aku la, tak de benda yang menarik pun cuma maybe sebab lagu dia yang buat orang tertarik kot? Tapi secara tak langsung aku pun dah menaikkan rating lagu tu kat utube.aaisshh -_- .Yang aku dok baca2 & aku paham la, gangnam style ni macam cara hidup orang2 gangnam (dekat korea) & lagu ni sebenarnya ada unsur2 perli tentang cara hidup dyrg tu. Tu la secara ringkas & padatnya tentang gangnam style ni, tapi ada juga orang cakap yang benda alah ni cerita tentang posisi sex. Ntah la ek, aku tak amik pot sangat pun sebab aku tak terberkenan lak dengan benda alah ni.haha

Bila benda ni dah kecoh gile & macam2 andaian dah keluar, memang banyak la komen2 tentang benda alah ni. Tapi aku suka dengan komen Hilal Asyraf:
1. Baik ke tidak? Kalau baik, teruskan. Kalau tak baik, tinggal.
2. Sopan ke tak? Kalau sopan, promosikan. Kalau tidak, buat apa popularkan?
3. Syara' atau tidak? Kalau bendanya sebuah maksiat, melibatkan pendedahan aurat & aksi2 mengiurkn, buat apa promosikan kepada ramai?

Monday 27 August 2012

Aisshhh, Bibir Kering Sudah~

Holla semua!!

Sumber gambar: google.com
Bibir kering dan aku bukanlah satu benda yang pelik untuk dikaitkan bersama, lebih kurang dah jadi bestfriend aku la.haha. Aku memang sejak azali lagi ada masalah dengan bibir aku ni. So, dengan masalah ni aku tak leh la nak ada bibir seksi macam angelina jolie tu.haha. Seriesly, memang tension aku dengan bibir aku ni, kalau dia dah start jadi keras2 & time tu tangan aku pun start gatal mengopek2, uhm memang berdarah la jadinya, bila dah darah tu memang tak seksi langsung la jadinya kan.haha

Lip Ice Mentholatum (google)
Sebagai alternative untuk aku memugilkan bibir aku supaya jadi cantik sikit, aku kena berkepit sentiasa dengan lip ice aku ni. Aku guna lip ice perasa strawberry (gambar) & wa cakap sama lu, aku suka gile sebab bila pakai dia akan rasa berangin & akan rasa fresh la. Tapi depend on individual gak coz membe aku ada je yang tak suka sebab dia cakap dah macam makan mentos!haha. Bila guna lip ice pun bukan tahan lama, sebab tu kena sentiasa bawa je kemana-mana, kadang2 bila dah tertinggal tu nasib la, memang kena basahkan dengan air jela jawabnya.

Lip Ice Sheer Colour (google)
Ok, aku tau kalau bibir dah kering memang tak lawa if nak pakai lipstick/lipice yang berwarna coz nanti warna nya akan jadi tak sekata. Maybe korang boleh try cara ni :
1. Mula2 pakai lip ice yang tak ada warna dulu
2. Then baru pakai yang ada colour (buat 2 lapisan la)
Cara ni at the same time boleh buat lambatkan bibir jadi kering.Tapi, if bibir ada yang dah dikopek2, aku tak syorkan korang guna yang berwarna sebab akan jadi buruk nanti.

Hah?tak suka guna lip ice?. Boleh je kalau korang nak guna cara tradisional, korang sapukan madu kat bibir korang tiap2 malam sebelum tido. Memang berkesan sebab aku pun pernah try cara ni, tapi aku tak rajin sangat nak buat tiap2 malam.hee.

Sunday 26 August 2012

Raya Ke-8

Holla semua!!

Hari ni raya yang ke 8 & aku masih lagi dalam mood raya! haha. Seriusly, tahun ni memang aku beraya sakan, siang tadi pun aku pegi open house dekat rumah membe sekolah menengah aku dulu. Bila lama dah tak jumpa, uhm macam2 la cerita yang keluar.haha. Mesti korang pun pernah rasa this feeling kan? time ni la rindu zaman sekolah2 dulu. Zaman kanak2 ribena! 

Then, this weekend dekat tempat aku ni baru nak start buat marhaban dengan jamuan hari raya. So, it means MAKAN!! haha. Terbaik lah. Lepas tu 2 hb pun ada membe aku jemput open house dekat rumah dia gak, memang asyik makan jela kerja aku.haha. Tapi korang tak boleh nak salah kan aku sebab orang tua2 pun dah cakap, 'rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari'.hee

p/s: korang punya raya pula macam mana?ce share ce share :)

Tuesday 21 August 2012

Selamat Hari Raya!!

Holla semua!!

Firstly aku nak ucap, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :). Macam mana dengan raya korang?best tak?. Raya tahun ni aku bz gile beraya ke sana sini, sampai tak sempat pun nak online. Tapi yang paling best sekali, even though aku ni dah 22 tahun tapi aku still dapat lagi duit raya!! Yaahhhhooo!! haha. Then bila pegi beraya sedara2 aku tanya kt mak aku 'anak yang ni tingkatan berapa ni?', haha sah2 la aku ni awet muda ek? <ooppsss.lalalalala =D>.

Tapi, aku pasti ramai yang terpaksa burn diet time raya ni kan?haha. Ayah aku sepanjang bulan puasa maintain je perut dia, sampai time raya je buncit balik.haha. Ok la, aku nak chow dulu ni, sambil2 ni tengah tunggu bestfriend aku datang :)

Wednesday 15 August 2012

Ok, So, Yeke?

Holla semua!!

Ape perasaan korang kalau dapat membe yang tak ada perasaan??. Hah, macamane tu eisya?tak paham la. Ok, meh aku conclude kan contoh2 nya.

CONTOH 1
Aku : Beb, apa kaba? lama tak dengar cerita kau? kau apa cerita sekarang?
..selepas setengah jam..
Dia: Aku sihat.
Aku: Kau dekat mana sekarang ni? tengah cuti ke? jom lepak sama2, lama dah tak jumpa ko.
Dia: Ok.
*waaaaaa penat2 je aku tunggu dia reply, then reply 1 ayat je? :(. Ok, terus tak tahu nak buka topik apa lagi.

CONTOH 2
Aku: Wei, tadi aku nampak sorang mamat tu, hensem gile dow!! Muka hot gile, memang terbaik la beb~
Dia: Ey? so?
*pupus terus segala angan2 indah yang aku dah reka siap2 tadi.haha

CONTOH 3
Aku: Beb, aku ada benda nak share dengan ko ni. Aku sedih gile beb, bf aku ada perempuan lain. Aku setia je dengan dia tapi kenapa dia buat aku macam ni?? :'(
Dia: La yeke?

Ok, apa yang korang akan rasa? seriusly, aku bengang gile kalau ada membe macam ni lagi2 yang time kita nak cerita ke pe dia tak nak dengar & pay attention TAPI bila time dia cerita, mak ai kalau boleh nak kita pandang muka dia & dengar dengan khusyuk cerita dia tu. Waaaaaa mana adil macam tu!!

Bila dapat membe macam ni, memang akan selalu makan hati berulam jantung punya la. Tapi yang paling tension lagi, bila selalu jadi macam ni of course la kita pun akan malas gile tahap petala langit ke tujuh la untuk share @ contact dia lagi, then bila kita buat macam tu, dia akan cakap: 
'yela, aku ni sapa la kan, contact pun tak, apa2 benda tak nak share pun dengan aku lagi kn?'
Aaarrrggghhhh! Memang aku rasa macam nak tikam tikam tangan aku dengan straw je bila ada kes macam ni. Kelakar gile beb.haha. Eh, tapi MUNGKIN dia tak perasan kot yang dia sendiri buat orang malas nak contact @ share anything with her/his. Mungkin, kita kena sedarkan dia? haha.wink3

Saturday 11 August 2012

Lelaki + Perempuan = Bestfriend??

Holla semua!!

Hari ini ade sorang membe aku keluarkan statement macam ni 'lelaki dengan perempuan mana boleh jadi bestfriend, salah sorg mesti akan sangkut (ada hati) pada bestfriend dyrg punya'. Haha, ye ke?
      
Sumber gambar: google
Aku jenis suka ada bestfriend lelaki & juga perempuan, pada aku senang.hehe. Bukan ape, yela, tak semua benda kita boleh cerita dekat lelaki & tak semua benda juga kita boleh cerita pada perempuan kan? Betol tak? For certain case, kita lagi perlukan pandangan dari seorang lelaki dari perempuan especially benda2 yang melibatkan kaum adam itu sendiri.

Ni antara hujah2 dan alasan2 yg logik diterima akal kenapa boleh jatuh cinta dengan bestfriend sendiri:
1. Bila dah name nye bestfriend boleh dikatakan hampir semua benda akan di share bersama kn?. Lama2 tabiat ni akan jadi kebiasaan dan salah sorg akan rasa terbiasa dan bila bestfriend dia ni tak ada akan rasa 1 kehilangan <pandangan aku: maybe betol, tapi mula2 je akan rasa macam tu, lama2 nanti ok la.hehe>

2. He/she know who am I
Hah, tang ni aku rasa ada betol nya. Bila dengan bestfriend kita akan jadi diri kita sendiri, tak ada plastik2 ni semua, everything is NATURAL. So bila dia paham diri kita & bila kita ada masalah ke happy ke kita tak perlu bagitahu tapi dia boleh tahu sendiri, time tu memang kita akan rasa 'he/she the one for me'.

3. Terlalu rapat sampai tak ada ruang untuk orang lain mencelah.haha. Maksudnya, dalam hubungan persahabatan tu cuma ada 'aku & dia' sahaja. Membe2 lain still ada & kawan macam biasa, tapi bestfriend ni special case & if ada apa2 kita nak dia lah orang pertama yang tahu. Bak kata omputih, there is a special bond la <betol ke pe yang aku cakap ni?>

4. Orang sekeliling persoalkan hubungan kita
Mula2 kita tak rasa apa pun, tapi bila mak ayah kita pun dah start konfius apa hubungan kita dengan bestfriend kita tu, time tu kita pun terdetik rasa dalam hati lagi2 kalau time tu kita ni still single miggle lagi.

*haha. Ni jela yang aku rasa logik <ikut perdebatan antara aku dengan membe aku tu la>. So korang rasa macam mane?