Wednesday 15 August 2012

Ok, So, Yeke?

Holla semua!!

Ape perasaan korang kalau dapat membe yang tak ada perasaan??. Hah, macamane tu eisya?tak paham la. Ok, meh aku conclude kan contoh2 nya.

CONTOH 1
Aku : Beb, apa kaba? lama tak dengar cerita kau? kau apa cerita sekarang?
..selepas setengah jam..
Dia: Aku sihat.
Aku: Kau dekat mana sekarang ni? tengah cuti ke? jom lepak sama2, lama dah tak jumpa ko.
Dia: Ok.
*waaaaaa penat2 je aku tunggu dia reply, then reply 1 ayat je? :(. Ok, terus tak tahu nak buka topik apa lagi.

CONTOH 2
Aku: Wei, tadi aku nampak sorang mamat tu, hensem gile dow!! Muka hot gile, memang terbaik la beb~
Dia: Ey? so?
*pupus terus segala angan2 indah yang aku dah reka siap2 tadi.haha

CONTOH 3
Aku: Beb, aku ada benda nak share dengan ko ni. Aku sedih gile beb, bf aku ada perempuan lain. Aku setia je dengan dia tapi kenapa dia buat aku macam ni?? :'(
Dia: La yeke?

Ok, apa yang korang akan rasa? seriusly, aku bengang gile kalau ada membe macam ni lagi2 yang time kita nak cerita ke pe dia tak nak dengar & pay attention TAPI bila time dia cerita, mak ai kalau boleh nak kita pandang muka dia & dengar dengan khusyuk cerita dia tu. Waaaaaa mana adil macam tu!!

Bila dapat membe macam ni, memang akan selalu makan hati berulam jantung punya la. Tapi yang paling tension lagi, bila selalu jadi macam ni of course la kita pun akan malas gile tahap petala langit ke tujuh la untuk share @ contact dia lagi, then bila kita buat macam tu, dia akan cakap: 
'yela, aku ni sapa la kan, contact pun tak, apa2 benda tak nak share pun dengan aku lagi kn?'
Aaarrrggghhhh! Memang aku rasa macam nak tikam tikam tangan aku dengan straw je bila ada kes macam ni. Kelakar gile beb.haha. Eh, tapi MUNGKIN dia tak perasan kot yang dia sendiri buat orang malas nak contact @ share anything with her/his. Mungkin, kita kena sedarkan dia? haha.wink3

No comments:

Post a Comment

Hi,
Thanks 4 the comment,
Budi Bahasa Budaya Kita =)